Rekaan Fon Telinga Tanpa Wayar Google Tertiris (Dikemaskini)

Google bermula sebagai syarikat perisian dan sudah berubah menjadi syarikat yang menghasilkan perkakasan. Google mungkin akan menghasilkan fon kepala pula di masa hadapan untuk peranti Pixel mereka. Rekaan untuk fon kepala tanpa wayar mereka tertiris menerusi pemfailan kepada FCC di Amerika Syarikat.

Fon telinga BlueTooth ini mempunyai logo Google yang tertera dengan terang. Beberapa butang kawalan juga terletak pada bahagian sisi bersama dengan port pengecasan MikroUSB. Bagi yang memerlukan sambungan berwayar, terdapat bicu audio 3.5mm. Sebuah bateri sebesar 600 mAh digunakan bagi memberikan tempoh penggunaan sehingga 25 jam.

Dikemaskini – Nampaknya ini ialah fon kepala yang diberikan oleh Google kepada kakitangan mereka. Fon kepala sedia ada sudah agak berusia dan ini ialah rekaan terkini. Ia berkemungkinan besar tidak akan dijual kepada orang ramai

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.