Rekaan Google Pixel Slate Tertiris – Tablet Chrome OS Dengan Pengimbas Jari Sisi

Sudah lama Google tidak melancarkan tablet Android kerana pasarannya yang amat kecil. Tablet Android terakhir keluaran mereka ialah Pixel C pada tahun 2015. Di acara Made By Google dua hari sahaja lagi, Google Pixel Slate akan dilancarkan. Ia sebuah tablet yang menggunakan sistem operasi Chrome OS.

Rekaannya tertiris hujung minggu ini. Ia dilengkapi skrin dengan bezel yang besar bagi memudahkan ia dipegang. Terdapat pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Pada bahagian sisi terdapat sebuah pengimbas cap jari yang besar kemungkinan terbina pada butang kuasa. Selain itu ia turut menggunakan port pengecasan USB-C.

Turut tertiris ialah aksesori papan kekunci fizikal bagi memudahkan ia berubah menjadi sebuah komputer riba. Kekunci berbentuk bulat dan terdapat butang khas untuk Google Assistant.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.