Berita Menarik

Rekaan Hadapan Oppo Find X Pula Tertiris

Pembaca : 7
0 0

Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Oppo Find X dilancarkan di Paris. Ia peranti pertama dalam keluar Find yang dikeluarkan dalam masa empat tahun dan juga menandakan kembalinya Oppo ke dalam arena peranti berspesifikasi tinggi.

Hari ini rekaan bahagian hadapan Find X pula tertiris yang memberikan beberapa petanda menarik. Pertama sekali ia sisi yang kelihatan melengkung sama seperti yang dapat dilihat pada Galaxy S7 Edge. Mungkinkah ini peranti Oppo yang menggunakan skrin SAMOLED dwi-lengkung keluaran Samsung yang kami laporkan sebelum ini. Tiada takuk dapat dilihat dan paling menarik ialah lampu biru pada bahagian dagu. Pada Find 7, bahagian dagu berlampu disertakan bagi memaparkan notifikasi.

Setakat ini Oppo mengesahkan Find X akan menggunakan pemproses Snapdragon 845 dan memori 8GB RAM. Rekaan panel belakangnya pula menyamai OnePlus 6. Sama-sama  kita nantikan kemunculannya dalam masa terdekat.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.