Tahun lalu peranti Honor Note tidak dilancarkan. Selepas berehat setahun, peranti phablet Honor Note 10 disahkan akan dilancarkan tahun ini. Hari ini akhirnya rekaannya akhirnya tertiris ke arena web menunjukkan saiz serta rekaannya yang agak menarik.

Dari segi saiz ia hampir sebesar sebuah Nintendo Switch cuma dengan bezel yang jauh lebih nipis. Dapat dilihat ia menggunakan rekaan skrin dwi-lengkung yang dipopularkan oleh Samsung sejak empat tahun yang lalu. Ura-ura yang didengari ialah Honor Note 10 menggunakan skrin sebesar 6.9″ AMOLED,  dijana cip Kirin 970 dan memori sebesar 6GB. Ini menjadikannya peranti yang sesuai untuk peminat permua di luar sana.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.