Rekaan Huawei MediaPad M7 Tertiris – Tablet Pertama Dengan Lubang Kamera Pada Skrin

Huawei adalah sebilangan kecil pengeluar yang masih menghasilkan tablet Android spesifikasi mercu bagi memberikan persaingan kepada iPad. Usaha mereka dan Samsung harus dipuji sedangkan Google sendiri telah mengibarkan bendera putih. Bagi mereka yang menggemari tablet Huawei, rekaan MediaPad M7 telah tertiris menerusi laman 91Mobiles.

Rekaan yang tertiris menujukan tablet dengan bezel yang nipis, skrin dengan lubang kamera pada bahagian hadapan, penggunaan sistem dwi-kamera pada bahagian belakang, sokongan papan kekunci fizikal, port pengecasan USB-C dan stylus yang bercantum secara magnetik pada bahagian sisi seperti iPad Pro. Ia ditawarkan dalam warna hitam dan perak.

Tiada maklumat mengena spesifikasi tetapi memandangkan ia tablet dari siri M, ia besar kemungkinan dijana cip Kirin 990 baharu yang sebelum ini digunakan pada Mate 30 Pro.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.