TechSemut Malaysia

Rekaan Huawei Nova 2 Tertiris – Dilengkapi Dwi-Kamera

Rekaan Huawei Nova 2 Tertiris – Dilengkapi Dwi-Kamera

Rekaan Huawei Nova 2 Tertiris – Dilengkapi Dwi-Kamera
Mei 03
10:51 2017

Huawei Nova dilancarkan di IFA tahun lalu dan ia bolehlah dikatakan sebagai Google Nexus 6P versi mini. Rekaan untuk Huawei Nova 2 tertiris ke arena web selepas ia memasuki pangkalan data bahan persijilan TENAA di China.

Berbeza dari tahun lalu, model terkini Nova dilengkapi sistem dwi-kamera dan rekaan antena yang mirip Huawei P10. Pengimbas cap jari berbentuk bulat dikekalkan pada bahagian belakang begitu juga dengan kerangka logam sepenuhnya. Tiada maklumat mengenai spesifikasi diketahui setakat ini. Tahun lalu Huawei Nova dilengkapi Snapdragon 625 dan kemungkinan besar Nova 2 akan mengekalkan spesifikasi kelas pertengahan.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com