Rekaan Kuad-Kamera iPhone 12 Tertiris

Menerusi iPhone 12, Apple diramalkan akan menggunakan sistem kuad-kamera buat pertama kali. Sensor tambahan pada tahun ini ialah 3D TOF seperti yang digunakan pada iPad Pro 2020 yang dilancarkan beberap minggu yang lalu. Pagi ini rekaan kuad-kamera pada iPhone 12 akhirnya tertiris ke arena web,

Imej di atas ditemui oleh laman Concept Apple di dalam fail iOS 14 yang tertiris awal. Dapat dilihat penggunaan empat lensa di dalam bonjol kamera empat segi yang diperkenalkan pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max bulan September yang lalu. Selain penggunaan kuad kamera, iPhone 12 juga akan menggunakan cip Apple A14 dengan teras utama beroperasi pada kelajuan mengakui 3GHz buat pertama kali.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*