Meizu secara rasmi memasuki pasaran Malaysia tahun ini. Keunikan peranti mereka ialah pelancar Flyme OS dan beberapa peranti yang menggunakan pemproses Exynos keluaran Samsung. Meizu Pro 7 ialah peranti mereka yang seterusnya. Rekaanya tertiris ke arena web dengan skrin sekunder pada panel belakang.

Ini ialah rekaan yang unik kerana ia adalah sebuah skrin e-ink yang kecil berbeza dengan apa yang dilihat pada YotaPhone sebelum ini. Skrin sekunder ini boleh memaparkan waktu yang notifikasi apabila peranti pada kedudukan terbalik. Tiada maklumat mengenai spesifikasinya setakat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.