Motorola masih komited dalam menghasilkan peranti modular di bawah keluarga Moto Z mereka. Sudah masuk tahun kedua aksesori Moto Mods dihasilkan. Hari ini dua lagi rekaan Moto Mods tertiris menerusi akaun @evleaks.

Aksesori modular yang tertiris ialah pembesar suara Amazon Alexa dan pencetak gambar Polaroid Insta-Share. Pembesar suara Amazon Alexa membolehkan pengguna mengawal kesemua peranti pintar di rumah seperti sebuah Amazon Echo. Polaroid Insta-Share pula seperti yang mungkin boleh diagak oleh anda, mencetak gambar dengan mudah terus dari peranti pintar.

Kesemua Moto Mods ini boleh digunakan pada peranti Moto Z dan Z2. Setiap Moto Mods akan disokong sehingga tiga tahun oleh Motorola.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.