Berita Menarik

Rekaan OnePlus 5 Tertiris – Tiada Lagi Bicu Audio

Pembaca : 14
0 0

Beberapa maklumat mengenai OnePlus 5 mula didengari dan kali terakhir ia dikatakan bakal dilengkapi sistem dwi-kamera. Kepopularan sistem kamera berkembar ini memaksa OnePlus untuk mengikut trend semasa. Rekaan peranti ini akhirnya tertiris dan ia sah akan mempunyai sepasang kamera.

Tetapi paling menarik sekali bagi kami ialah apa yang tidak disertakan. Dari gambar di atas anda pasti menyedari tiada bicu audio 3.55mm yang sebelum ini diletakkan pada bahagian bawah peranti. Ruang bicu audio kini digantikan dengan kekisi pembesar suara. Apple, HTC dan LeEco ialah tiga syarikat yang “berani” membuang bicu audio. Kini tiba giliran OnePlus pula.

Persoalannya sekarang apakah pula reaksi peminat peranti OnePlus kelak? Kami mempunyai beberapa peranti tanpa bicu audio 3.5mm dan harus diakui kami merasakan bicu audio adalah lebih mesra pengguna dari membawa penyesuai sepanjang masa.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.