OnePlus Buds akan dilancarkan bersama OnePlus Nord esok. Maka tidak mengejutkan rekaan sebenar fon telinga nirwayar dan fon pengecasnya tertiris awal menerusi kemaskini OnePlus 8. Pod pengecasnya sama seperti yang digunakan pada Vivo TWS Neo manakala putik audio fon telinga pula mengekalkan rekaan OnePlus Bullets Wireless 2.

OnePlus Buds juga didedahkan hadir dalam warna putih, hitam dan biru muda. Terdapat sokongan sistem kawalan sesentuh seperti kesemua TWS di pasaran semasa. Pada bahagian tubuh pengecas pula terdapat sebuah butang untuk melakukan tambatan kepada peranti baharu serta lampu LED yang menunjukkan tahap bateri. Dengan imej pengolokan yang tertiris ini, misteri mengenai OnePlus Buds akhirnya terjawab.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.