Rekaan Prototaip Asus ZenFone 6 Tertiris Dengan Takuk Kamera Yang Senget

Secara majoriti pembaca Amanz tidak menggemari penggunaan takuk pada skrin telefon pintar kerana ia dikatakan elemen rekaan yang buruk. Menyedari reaksi negatif dari pengguna, pengeluar seperti Oppo dan Huawei telah mula mengecilkan saiz takuk untuk kelihatan seperti titisan air. Asus nampaknya turut mempunyai perancangan untuk mengecilkan takuk skrin tetapi implementasinya agak unik berdasarkan rekaan prototaip yang tertiris.

Peranti yang dikatakan adalah prototaip Asus ZenFone 6 di atas mempunyai takuk yang kecil tetapi senget ke kanan. Rekaan tidak simetri ini tidak pernah lagi digunakan pada peranti yang dilancarkan setakat ini. Apa yang kami boleh fikirkan ialah rekaan ini membolehkan lebih banyak notifikasi dipaparkan pada kiri takuk kamera dengan hanya tahap bateri dipaparkan pada kanan takuk. Ia praktikal tetapi menyebabkan rekaan yang kelihatan tidak seimbang. Apa pula pendapat pembaca Amanz mengenai rekaan takuk yang unik ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.