Pada awal bulan ini, kami ada melaporkan bahawa salah satu peranti Realme akan datang, iaitu Realme GT Neo mungkin akan dikuasakan oleh CPU MediaTek Dimensity 1200, CPU 6nm kelas mercu “mampu milik” yang nampaknya bakal menguasakan pelbagai peranti kelas pertengahan premium pada tahun ini.

Terkini, rekaan sebuah peranti Realme, iaitu Realme RMX3116 telah diperlihatkan di TENAA, dimana rekaan fizikal peranti tersebut diperlihatkan. Ia hadir dengan paparan melengkung bersaiz 6.55mm menggunakan panel AMOLED dengan pengimbas cap jari terbina.

Ia juga mempunyai sebuah sistem kamera skrin berlubang sama seperti Realme GT, dengan tiga kamera terbina di bahagian belakang. Dari perisian, peranti RMX3116 ini nampaknya hadir dengan Android 11, dan hadir dengan sokongan untuk rangkaian 5G.

Apa yang menarik lagi, GSMArena turut mengatakan bahawa peranti ini hadir dengan batter 4400mAH yang dipisahkan kepada dua unit dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Butiran cip pemprosesan peranti ini tidak diketahui lagi, tetapi oleh kerana rekaannya yang dikatakan hampir serupa dengan Realme GT, terdapat kebarangkalian besar bahawa ini adalah Realme GT Neo yang dikuasakan CPU Dimensity 1200 yang akan mungkin akan diperkenalkan Realme tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.