Microsoft akan mengadakan acara khas esok tetapi peranti yang bakal dilancarkan telahpun tertiris lebih awal. Komputer riba Surface Laptop di bawah ialah jawapan Microsoft kepada Chromebook Pixel. Ia dipercayai dilengkapi skrin 13.5 inci PixelSense dengan pilihan warna platinum, burgundy, cobalt blue dan graphite gold.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi diketahui tetapi dari gambar yang tertiris ia mempunyai satu UBS-A, mini display port dan bicu audio 3.5mm. Menarik sekali bahagian atas papan kekunci mempunyai kemasan fabrik alcantara. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10 S, sebuah sistem operasi yang berasaskan awam.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.