TechSemut Malaysia

Rekod Kawasan Baru bagi Kelasar Johor, (Chaerephon johorensis) di Gunung Jerai, Kedah | #MudahnyaBacaJurnal

Rekod Kawasan Baru bagi Kelasar Johor, (Chaerephon johorensis) di Gunung Jerai, Kedah | #MudahnyaBacaJurnal

Rekod Kawasan Baru bagi Kelasar Johor, (Chaerephon johorensis) di Gunung Jerai, Kedah | #MudahnyaBacaJurnal
Mei 20
09:02 2017

Oleh: Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran (Google Scholar)
Pensyarah Kanan

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan
Nota : [ Berikut merupakan ringkasan jurnal En. Isham Azhar, Puan Siti Hajar Muhammad Daud dan penulis sendiri berjudul ‘Short Note: A new record of Chaerephon johorensis at Mount Jerai, Kedah, Malaysia yang diterbitkan dalam Malayan Nature Journal, 64(4), 233-235pada tahun 2013. Jurnal boleh dimuat turun di SINI ].
Chaerephon johorensis (Gambarajah 1) juga dikenali sebagai kelasar Johor adalah sejenis kelawar bibir berkedut dari famili Molossidae. Kelawar famili Molossidae boleh dicam melalui panjang ekor yang melebihi uropatagium (Gambarajah 2) iaitu lapisan kulit antara kaki dan ekor yang membentuk sayap kelawar.

Terdapat empat spesies Molossidae yang boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, namum bergitu Molossidae kurang dikaji kerana susah ditemui kecuali Cheiromeles torquatus iaitu kelawar bogel yang menjadi tarikan pelancong di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.

Kelasar Johor ini ditangkap di Air Terjun Batu Hampar, Gunung Jerai dan tangkapan ini ialah rekod kawasan baru di Kedah bagi spesies ini. Sebanyak empat ekor kelawar ini ditangkap menggunakan jaring kabut yang dipasang setinggi yang boleh merentasi sungai di Air Terjun Batu Hampar.

Air terjun ini adalah kawasan rekreasi yang telah lama terbiar dan tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada hutan dipterokap tanah rendah. Spesies ini pernah direkodkan di Rizab Hidupan Liar Krau (Pahang), Taman Negara Johor, Sumatra (Indonesia) dan terbaru di Belukar Bukit, Tasik Kenyir (Terengganu). Rekod-rekod terbaru ini menambahkan taburan kawasan kelawar ini ke Timur Laut Semenanjung Malaysia.

Selain daripada Kelasar Johor, sebanyak 25 spesies mamalia kecil lain telah direkod pada kajian ini. Kini Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Kedah didiami oleh 62 spesies mamalia.

Gambarajah 1. Chaerephon johorensis Kelasar Johor.
Gambarajah 2. Kelawar Molossidae boleh dicam melalui ekor yang panjangnya melebihi uropatagium.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com