Remaja Antivaksin Saman Sekolah Tutup Akibat Chickenpox Mengidap Chickenpox

KENTUCKY: Selepas menular wabak chickenpox di daerah Kentucky US bulan Mac yang lalu, Northern Kentucky Health Department mengarahkan sebuah sekolah tinggi di sini ditutup operasinya buat sementara sehingga wabak tersebut berjaya dikekang.

Jerome Kunkel seorang antivaksin yang merupakan  pelajar Sekolah Katolik  menggemparkan masyarakat apabila bertindak mencabar penutupan sekolah tersebut dengan menyaman pengurusan sekolah. Antara punca beliau bertindak sedemikian ialah kerana tidak dapat menyertai latihan bola keranjang mewakili pasukan sekolahnya.

Keluarga Kunkel dalam satu kenyataan menegaskan bahawa mereka tidak mempercayai amalan vaksin berdasarkan moral. “Suntikan vaksin adalah suatu bentuk kekejaman yang menyalahi agama, kepercayaan dan negara,” menurut bapa Kunkel dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, anaknya menerima akibat yang tidak sewajarnya walaupun anaknya seorang remaja yang sihat dan tidak menghidapi chickenpox. Namun kini segala-galanya berubah kerana pegawai kesihatan yang memeriksanya mendapati Jerome Kunkel menghidap chickenpox.

Walaubagaimanapun keluarga Kunkel tetap dengan pendirian mereka untuk mengharamkan vaksin ke atas ahli keluarga mereka atas alasan moral dan agama.

Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), orang ramai mungkin melihat ketidakadilan berlaku, namun penutupan sekoalh terbabit merupakan kaedah berkesan untuk mengelakkan penularan wabak berjangkit seperti chickenpox.

Kredit Foto : IFLScience

1104total visits,438visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.