Berita Menarik

Rheinmetall Memperlihatkan Dron Modular Multi Mission Unmanned Ground Vehicle

Pembaca : 8
0 0

Kos melatih anggota tentera moden adalah amat tinggi. Oleh itu nyawa tentera kini tidak dipandang enteng oleh pegawai atasan tentera. Bagi mengurangkan risiko ketika di medan perang, dron mula digunakan bagi menggantikan tugas yang dahulunya dilakukan oleh tentera manusia. Dron Multi Mission Unmanned Ground Vehicle keluaran Rheinmetall ialah yang terkini diperlihatkan.

Dron Multi Mission Unmanned Ground Vehicle (MM UGV) berkonsep modular yang membolehkannya diubahsuai mengikut keperluan misi. Apabila di dalam mod pemantauan, ia boleh dilengkapi dengan sistem kamera teleskop bagi memberikan pemandangan medan perang yang luas. Di dalam mod taktikal pula, mesingan dan pelancar anti kereta kebal pula boleh dipasang. Apabila berfungsi bersama askar infantri ia turut boleh berubah menjadi pengangkut kargo.

Selain MM UGV, terdapat juga IIAI RoBattle 3 keluaran Israel dan THeMis keluaran Singapura dengan kemampuan setanding.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.