Berita Menarik

RM399 hadiah percuma sempena promosi Zenfone 4 Max (ZC520KL)

Pembaca : 11
0 0
Share Button

Adakah anda berminat dengan telefon pintar yang tidak terlalu besar, tetapi memiliki kapasiti bateri yang lebih dari biasa? Jika ya, kami cadangkan anda melihat telefon pintar ASUS yang baru sahaja tiba di Malaysia ini, ZenFone 4 Max (ZC520KL) dengan skrin sebesar 5.2-inci.

Nama Zenfone 4 Max ini bukanlah baharu, kerana versi 5.5-inci (ZC554KL) telah pun dijual di Malaysia sejak bulan September lepas pada harga RM1,099. Jika ianya terlalu besar, anda boleh mendapatkan versi 5.2-inci yang lebih kecil ini pada harga hanya RM799 sahaja.

Telefon pintar Zenfone 4 Max 5.2-inci kini telah dijual di seluruh Malaysia dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Merah Jambu. Tetapi terdapat satu promosi jualan khas akan diadakan pada hari Jumaat ini, 20 Oktober 2017.

ASUS bekerjasama dengan stor premium Satu Gadget di Menara PGRM Cheras, dengan menawarkan hadiah percuma bernilai RM399 dengan pembelian Zenfone 4 Max 5.2-inci di sana. Hadiah percuma tersebut adalah:

1. Powerbank ZenPower Slim 4,000mAh
2. Lampu LED Lolli Flash
3. Kayu Selfie
4. Kabel OTG USB tambahan
5. Kable USB tambahan
6. Pelindung skrin
7. Bantal We Love Photo
8. Nota berpelekat We Love Photo

Jualan khas ini akan bermula pada jam 9 malam pada hari Jumaat, 20 Oktober 2017. Alamat penuh stor premium Satu Gadget ini adalah:

L1.01 & L1.08, Level 1, Tower 2, Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Zenfone 4 Max (ZC520KL) ini memiliki skrin IPS HD berukuran 5.2-inci, dan dikuasakan pemproses Snapdragon 425. Ia dilengkapi RAM 3GB bersama storan dalaman 32GB. Salah satu perkara menarik adalah sokongan tiga kad serentak, iaitu dua kad sim dan kad mikro boleh digunakan secara aktif.

Tarikan utama pastinya kapasiti bateri yang besar, iaitu 4,100mAh yang dipadankan bersama pengecas 10W (5V/2A). Ia turut boleh bertindak sebagai powerbank bagi mengecas peranti lain.

Kameranya juga tidak boleh dipandang enteng. Di belakang ia menggunakan lensa berkembar, lensa telefoto 13MP F2.0 25mm bersama lensa lebar 5MP 120-darjah 17.9mm. Kamera hadapan pula 8MP 24mm bersama LED Flash bercahaya lembut untuk swafoto yang senantiasa cerah.

Jika bajet anda dibawah RM800 dan anda perlukan telefon pintar yang boleh bertahan seharian, jangan lupa untuk menjenguk Zenfone 4 Max (ZC520KL) ini. Lebih-lebih lagi dengan promosi terbaik di Satu Gadget yang memberikan hadiah percuma bernilai RM399.

Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh dirujuk di Facebook Satu Gadget. Manakala info tentang Zenfone 4 Max (ZC520KL) boleh dilayari di laman web ASUS.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.