TechSemut Malaysia

Robot Digunakan Di China Untuk Menangkap Dan Memarahi Pengguna Melintas Jalan Secara Haram

Robot Digunakan Di China Untuk Menangkap Dan Memarahi Pengguna Melintas Jalan Secara Haram

Robot Digunakan Di China Untuk Menangkap Dan Memarahi Pengguna Melintas Jalan Secara Haram
Januari 28
08:41 2017

China ialah kuasa besar dunia yang bertanggungjawab menghasilkan lebih 60% produk yang dijual di dunia. Pada waktu yang sama sejak tiga tahun kebelakangan ini peranti pintar keluaran negara ini lebih banyak di pasaran Malaysia berbanding jenama lain. Dengan kata lain China kini juara teknologi dunia.

Di bandar Xiangyang, robot sudah mula digunakan bagi menggantikan anggota polis untuk menangkap pesalah yang melintas jalan raya secara haram. Di China terdapat masalah pejalan kaki yang melintas tanpa melihat lampu isyarat. Ia mengakibatkan kemalangan yang ngeri yang kemudian boleh ditonton in Youku.

Ia memberikan isyarat untuk berjalan apabila lampu bertukar hijau, memberikan nasihat keselamatan dan memarahi pengguna yang melanggar isyarat. Sistem kamera pada kepala robot merakam kesemua kesalahan jalan raya yang dikesan. Dengan pengenalan robot ini pihak berkuasa tempatan berharap kemalangan dapat dikurangkan. Pada waktu yang sama anggota polis manusia akan dapat mengurangkan diri dari terdedah kepada pencemaran udara yang tinggi di China.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com