Robot Membaiki Satelit Dibangunkan Oleh DARPA Dengan Kerjasama Northrop Grumman

Terdapat ribuan satelit yang sedang mengorbit bumi dan setiap satunya perlu diselenggara bagi membolehkan ia terus beroperasi. Ini memerlukan angkasawan melakukan proses penyelenggaraan yang leceh serta berbahaya. Oleh itu DARPA mengumumkan kerjasama dengan Northrop Grumman di dalam projek Robotic Servicing of Geosynchronous Satellites (RSGS).

Menerusi RSGS yang diumumkan pada tahun 2016, setelit geosinkron yang sedang mengorbit bumi akan diselenggara oleh robot yang direka khusus. Untuk merealisasi program ini, sistem Mission Extension Vehicle-1 (MEV-1) yang dibangunkan oleh Northrop Grumman akan digunakan. Pada penghujung bulan Februari lalu, MEV-1 berjaya melakukan sambungan dengan Intelsat-901 bagi memanjangkan usia satelit yang berusia 18 tahun ini.

Intelsat-901 sudah kehabisan bahan api untuk mengekalkan orbit geosinkronnya. MEV-1 bersambung dengan Intelsat-901 dan kemudian membawanya naik semula ke orbit geosinkron sebelum ia kehabisan bahan api. MEV-1 membuktikan satelit mampu melakukan sambungan ketika di angkasa lepas buat pertama kali dalam sejarah aeroangkasa.

Projek RSGS akan menambah modul tangan robot, sensor, kamera dan pelbagai peralatan bagi membolehkan ia melakukan tugas menyelenggara satelit di angkasa. DARPA menyasarkan robot menyelenggara RSGS akan dilancarkan pada tahun 2023 dengan setiap robot boleh beroperasi sehingga 15 tahun.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*