Robot Nissan Pitch-R Melukis Garisan Padang Bola Sepak Tanpa Bantuan Manusia

Semasa di sekolah dahulu apabila tiba hari sukan adalah kebiasaan melihat pakcik tukang kebun pada melukis garisan di atas padang. Sebelum proses melukis dilakukan, tali digunakan sebagai panduan dan ini mengambil masa yang lama. Cukup kasihan melihat pakcik berpeluh-peluh di bawah terik mentari. Di masa hadapan tugas ini tidak akan lagi memerlukan manusia kerana dilakukan sepenuhnya oleh robot.

Robot Pitch-R diperlihatkan oleh Nissan ketika perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah hujung minggu lalu. Robot ini boleh melukis kesemua garisan di atas padang bola sepak dengan tepat dalam masa hanya 20 minit. Ia turut boleh melukis garisan untuk padang bola sepak lima sebelah. Empat kamera, sistem radar dan GPS memastikan garisan yang dilukis menepati garis panduan FIFA.

Pitch-R menggunakan teknologi ProPILOT Nissan yang digunakan pada sistem swapandu kenderaan keluaran mereka. Sebelum ini ProPILOT telah digunakan pada sandar swaparkir rumah mandi yang tersusun secara automatik selepas digunakan dan kerusi bergerak yang digunakan di luar restoran. Kesemua projek sampingan ini adalah cara Nissan memperlihatkan teknologi swapandu mereka yang kegunaannya tidak terhad kepada kenderaan bermotor sahaja.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.