Rolls Royce Membangunkan Enjin Jet Pertama Yang Direka Untuk Menjana Elektrik Bagi Kegunaan Pesawat Pejuang

Enjin jet pertama dibangunkan oleh Frank Whittle pada tahun 1937. Pada waktu tersebut enjin jet hanya digunakan untuk menghasilkan tujuhan. Selepas lebih lapan dekad, keperluan elektronik pesawat pejuang sekarang adalah lebih tinggi berbanding pesawat pejuang generasi terdahulu. Bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang Tempest yang sedang dibangunkan oleh BAE, Rolls Royce telah mengumumkan enjin jet pertama yang direka untuk menjana keperluan elektrik pesawat tempur moden.

Perbezaan pertama sistem penjana elektrik menggunakan turbin terbina terus di dalam enjin. Sebelum ini generator elektrik tambahan digunakan. Ini menambah berat, memakan ruang yang besar dan adalah tidak sesuai digunakan pada Tempest yang perlu mempunyai kemampuan sukar dikesan radar. Selain itu enjin yang dibangunkan dilengkapi sistem pintar yang memastikan kuasa elektrik yang diperlukan pesawat dan sistem tujahan sentiasa dipantau. Ini akan memanjangkan hayat enjin sekaligus mengurangkan masa ia perlu diselenggara. Pembangunan enjin kini di fasa ketiga iaitu menguji sistem kawalan haba dan jumlah peralatan elektronik yang boleh ditampung pada satu-satu masa.

Kemampuan menjana kuasa elektrik yang lebih besar adalah perlu kerana Tempest mungkin akan dilengkapi senjata laser dan kokpit
boleh pakai. Sistem elektronik yang digunakan pula akan turut mengawal dron yang berfungsi sebagai wingman kepada Tempest apabila ia beroperasi seawal 2025 kelak.

Tempest akan mengambil alih tempat Eurofighter Typhoon yang sudah beroperasi sejak 1994. Britain. Itali dan Sweden bertindak membangunkan pesawat tempur generasi ke-enam kerana merasakan Lockheed Martin F-35 yang ditawarkan Amerika Syarikat tidak memenuhi keperluan mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.