Rolls-Royce Turut Ingin Membangunkan Kenderaan Terbang Tersendiri

Selain daripada pembangunan kenderaan swapandu yang semakin hangat akhir-akhir ini, satu lagi industri yang turut menerima perhatian para pengeluar kenderaan adalah kenderaan atau kereta boleh terbang. Terkini, pihak Rolls-Royce turut menyertainya, dan telah mmeperlihatkan kenderaan konsep mereka yang boleh terbang.

Kenderaan konsep yang dipertontonkan oleh Rolls-Royce mampu membawa sehingga empat atau lima penumpang, dan terbang sejauh sekitar 800 kilometer dengan sokongan hibrid-elektrik. Kenderaan konsep ini menggunakan tenaga hibrid – iaitu bahan api dan juga elektrik.

Rolls-Royce EVTOL

Dengan kesesakkan lalu-lintas yang sering membuatkan pengguna menghabiskan masa yang lama, pelbagai pengeluar kenderaan sedang melihat kepada pembangunan kenderaan boleh-terbang. Langkah ini bukan sahaja boleh mengurangkan kesesakkan, tetapi pada masa yang sama membolehkan perjalanan jarak jauh dilakukan dengan lebih pantas lagi berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia hanya sekadar konsep sahaja. Tetapi, pihak Rolls-Royce menyasarkan untuk hadir dengan model kenderaan berkenaan seawal pertengahan 2020 kelak, sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.