Berita Menarik

Rumpai Laut Merah sebagai Sel Solar Hibrid

Pembaca : 18
0 0

Oleh : Salmah Binti Mohd Ghazali, PhD

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

Nota : [Berikut merupakan ringkasan jurnal Hasiah Salleh, Dr. Ahmad Nazri Dagang, Dr. Nik Aziz Nik Ali, Dr. Mohd Sabri Mohd Ghazali dan penulis sendiri berjudul Fabrication and characterization of titania/poly (3 dodecylthiopene)/red seaweed as hybrid solar cell  yang diterbitkan dalam AIP Conference Proceedings pada tahun 2017.

Tenaga solar dikategorikan sebagai sumber tenaga hijau dan sumber tenaga alternatif yang baru

bagi menggantikan sumber tenaga fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli dimana sumber

tenaga ini memberikan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara dari

pelepasan gas karbon dioksida dan menyebabkan kesan rumah hijau serta pemanasan global

selain sumber ini dikatakan semakin berkurangan. Peranti sel suria merupakan satu peranti yang

menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik melalui kesan fotovoltaik.

Teknologi sel suria ini boleh dibahagikan kepada tiga generasi dimana teknologi sel suria yang

pertama adalah dari penggunaan hablur dan multihablur silikon dimana sel suria ini dikenali

sebagai sel suria silikon. Walaupun peratusan kecekapan sel suria ini tinggi namun proses

pembuatan sel suria ini memerlukan kos yang tinggi. Seterusnya, generasi kedua teknologi sel

suria dari teknologi filem nipis dan bahan yang digunakan seperti gallium arsenid (GaAs) adalah

bahaya (karsinogenik) yang boleh memberikan kesan buruk kepada manusia dan sekitaran.

Oleh itu, teknologi sel suria yang baru dicipta bagi mendapatkan sel suria berkecekapan tinggi

dan menggunakan kos yang murah serta bahan yang selamat.

Antara sel suria terbaru yang masih dalam kajian adalah sel suria jenis organik, sel suria polimer

dan sel suria hibrid, namun sel suria hibrid menjadi perhatian khusus kerana sel suria ini

menggabungkan sifat-sifat unik bahan semikonduktor bukan organik dan organik. Penggunaan

rumpai laut dari spesis Kappaphycus alvarezii sebagi bahan pewarna semulajadi di dalam sel

suria hibrid juga menjadikan sel suria hibrid ini lebih unik dengan pengurangan kos bahan yang

lebih murah serta bersifat mesra alam dimana tidak memberi kesan buruk kepada manusia dan

alam sekitar. Penggunaan rumpai laut sebagai penyerap tenaga foton yang membantu bahan aktif

Titania (TiO 2 ) /Poly (3-dodecylthiophene) (P3DT) dalam menyerap tenaga suria mampu

meningkatkan penyerapan tenaga suria kepada lebih 50 % dari sinaran tenaga suria seterusnya

meningkatkan kekonduksian elektrik dan kecekapan sel suria hibrid tersebut [1, 2] .

Struktur HSC ITO/TiO 2 NCs/P3DT/RS/Au

Rujukan

[1] S.M. Ghazali, H. Salleh, A.N. Dagang, M.S.M. Ghazali, M.E.A. Khamsan, Z. Ahmad, N.

Aziz, N. Ali, Fabrication and characterization of titania/poly (3-dodecylthiopene)/red

seaweed as hybrid solar cell, in: AIP Conference Proceedings, AIP Publishing, 2017, pp.

030022.

[2] S.M. Ghazali, H. Salleh, A.N. Dagang, M.S.M. Ghazali, N.A.N. Ali, N.A. Rashid, N.H.

Kamarulzaman, W.A.D.C.W. Ahmad, Hybrid thin films based on bilayer heterojunction

of titania nanocrystals/polypyrrole/natural dyes (Kappaphycus alvarezii) materials, in:

AIP Conference Proceedings, AIP Publishing, 2017, pp. 020112.

Kredit Foto – scientifist.com

41total visits,32visits today

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.