Angkasa lepas ialah perbatasan akhir manusia. Dengan bumi semakin kehabisan sumber, pengembaraan ke planet lain sebagai koloni seterusnya adalah perlu untuk kelangsungan spesis. Sebelum ke planet lain, bulan akan dijadikan markah untuk melancarkan misi ke Marikh dan seterusnya. Semalam badan angkasa lepas Kesatuan Rusia Roscosmos  menandatangani perjanjian dengan Jabatan Angkasa Negara China (CNSA) untuk membina markas di permukaan bulan.

Selain markas di permukaan bukan, Rusia dan China turut akan membina stesen angkasa berhampiran bulan sama seperti The Gateway yang dibina oleh NASA dan rakan-rakan pentadbiran angkasa negara yang menandatangan Perjanjian Artemis tahun lalu. Walaupun markas ini bakal dibina oleh dua kuasa besar dunia, penyertaan dari negara-negara lain adalah dialu-alukan.

Perjanjian yang diumumkan ini menjawab persoalan mengapa Rusia tidak menandatangani Perjanjian Artemis walaupun sebelum ini tidak mempunyai masalah bekerjasama membina Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama NASA, JAXA dan ESA.

China telah lama dihalang dari program ISS kerana kerisauan mengenai pencurian teknologi. Oleb sebab itulah mereka langsung tidak mempunyai modul di ISS dan membina stesen angkasa sendiri Tiangong-1 berasaskan modul Soyuz rekaan Rusia di antara 2011-2017. Rusia berkata Artemis Accord adalah terlalu memihak kepada kepentingan Amerika. Oleh itu penglibatan Rusia di masa hadapan untuk misi membina markah dan The Gateway kini kelihatan semakin kabur.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.