Ryonghung iPad Dihasilkan Oleh Korea Utara Untuk Golongan Proletariat

Korea Utara ialah negara yang amat berahsia. Rakyatnya ditindas dan hanya golongan elit diberikan akses kepada perkhidmatan internet yang mempunyai pelbagai sekatan. Sungguhpun begitu mereka masih mahukan peranti yang dinikmati oleh penduduk di negara lain. Oleh itu tablet Ryonghung iPad dilancarkan untuk kegunaan pendidikan.

Tablet ini dilengkapi pemproses empat teras 1.2 GHz,memori 1GB RAM dan storan 8GB. Terdapat 40 aplikasi terbina yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan, pembelajaran dan pertanian. Aplikasi perubatan yang disertakan mampu melakukan diagnosis terhadap 1200 jenis penyakit.

Walaupun menggunakan tanda dagang iPad milik Apple, pihak Cupertino tidak berminat untuk menyaman pengeluar tablet ini. Ryonghung iPad turut dilengkapi sebuah papan kekunci dan sambungan HDMI. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.