Berita Menarik

Ryzen Threadripper senjata pemusnah rahsia AMD

Pembaca : 15
0 0
Share Button

Ryzen 3 bukanlah yang terakhir, sebaliknya AMD masih memiliki satu lagi siri pemproses Ryzen yang terletak di peringkat tertinggi, yang diberi nama Ryzen Threadripper. Ryzen Threadripper adalah pemproses paling berkuasa dari AMD, mengatasi Ryzen 7 sendiri.

Sebanyak tiga jenis pemproses Ryzen Threadripper diperkenalkan iaitu Threadripper 1950X, Threadripper 1920X serta Threadripper 1900X. Ketiga-tiga pemproses Threadripper ini akan mula dijual di seluruh dunia bulan ini, dengan tarikh 10 Ogos sebagai tarikh mula jual Threadripper 1950X dan Threadripper 1920X, manakala Threadripper 1900X akan mula dijual pada 31 Ogos 2017.

Threadripper adalah janji AMD yang ditunaikan untuk menghasilkan pemproses dengan lebih banyak teras dan bebenang. Ia bukan sahaja boleh memberi lebih prestasi untuk penggemar permainan video, malah untuk kegunaan saintis data serta penghasilan video.

Pemproses terbaru ini serasi digunakan bersama papan induk berteraskan platform X399 melalui soket TR4, di mana rakan pengeluar telah bersedia menghasilkan dan mula menjual papan induk ini apabila Threadripper mula dijual. Antara jenama yang bersedia adalah ASRock, ASUS, Gigabyte dan MSI.

Dengan Ryzen, AMD berjaya kembali memberi saingan kepada Intel dalam menghasilkan pemproses untuk kegunaan komputer desktop dan laptop. Saingan syarikat akan sentiasa menguntungkan pengguna. Apatah lagi AMD kini berjaya menandingi Intel Core-i9 untuk kuasa tertinggi melalui Ryzen Threadripper.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman web AMD Ryzen dan Threadripper.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.