Samsung Galaxy S21 Ultra dilancarkan sebentar tadi dengan sokongan stylus S Pen. Beberapa aksesori telah dilancarkan oleh Samsung untuk menyokongnya seperti kerangka simpanan khas. Versi pertama S Pen hadir tanpa sokongan bluetooth. Bagi mereka yang inginkan sokongan bluetooth, S Pen Pro turut diperlihatkan.

S Pen Pro bersaiz lebih panjang dan lebar berbanding S Pen biasa. Dengan sokongan bluetooth ia boleh ditambah kepada peranti bagi menyokong ciri Air Gesture. Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakannya sebagai alat kawalan jauh kamera, pengawal slaid pembentangan dan mengawal skrin secara nirsentuh.

Selain itu Samsung akan bekerjasama dengan Uni, Wacom, Lamy dan Staedtler untuk menghasilkan S Pen. Ini bukanlah kali pertama kerjasam ini dilakukan kerana S Pen versi Staedler dan Lamy pernah ditawarkan kepada pihak media dalam edisi terhad. Samsung berkata S Pen Pro akan mula dijual di satu tarikh yang belum diumumkan dan harga juga masih lagi misteri setakat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.