Sah Pelancaran oleh Apple Pada 14 Oktober 2020 | IPHONE 12 Nak Mai Dah !

Setelah mengumumkan Ipad dan Apple Watch yg baru pada bulan lepas, pihak Apple akhirnya telah mendedahkan majlis pelancaran iphone 12 yg akan berlangsung pada mgu dpn. Pelancaran pd tahun ini tertangguh sedikit berbanding pelancaran yg kebiasaannya berlangsung pd bulan september akibat pandemik wabak covid 19.

Majlis iphone baharu tersebut akan disiarkan secara langsung di talian ( ataupun direkod dahulu) dari Apple Park di Cupertino dan akan berlangsung pd 14 oktober pukul 1 pagi waktu tempatan. Korang boleh saksikan majlis tersebut secara langsung di laman sesawang Apple.com dan juga di saluran Youtube.

Tema majlis pelancaran Iphone 12 pada tahun ini ialah Hi Speed dan kita boleh menjangkakan cip pemprosesan terbaru dari Apple iaitu Apple A14 Bionic akan diketengahkan. Menariknya, cip A14 yg berukuran 5namometer ini telah melakukan debut pada ipad terbaru keluaran Apple iaitu Ipad Air 2020 dan ia dikuasakan dgn 6 core cpu, 4 core gpu dan 16 core neural engine generasi seterusnya. Ini ialah cip yang paling berkuasa dikeluarkan Apple bt masa sekarang.

Selain dari cip yg lebih berkuasa, korang juga boleh menjangkakan penyambungan 5g dari senarai iphone 12 yg akan dilancarkan. Tahun ini Apple dikatakan akan melancarkan 4 model termasuk yg bersaiz paling kecik 5.4 inci iphone 12 mini , iphone 12, iphone 12 pro dan iphone 12 pro max. Terdapat juga spekulasi dimana Apple akan memperkenalkan paparan 120hz pro-motion utk iphone terbaru keluaran mereka tetapi sumber terdekat mengatakan apple akan tetap kekal dgn paparan 60hz pada tahun ini.

Persoalan terbesar yg bt kita tertanya2, secepat manakah siri iphone 12 ini akan berada dipasaran malaysia? Jika diimbas kembali, iphone 11 merupakan iphone terpantas yg tiba di pasaran malaysia iaitu hanya seminggu selepas dilancarkan di negara gelombang pertama seperti usa, uk, australia dan singapura. Bagaimanapun situasi mungkin berubah pd tahun ini dgn kehadiran pandemik wabak covid 19 yg melanda seluruh dunia ketika ini.

Dengan memasukankan penyambungan 5g, harga boleh dikatakan akan meningkat sedikit utk iphone terbaru ini. Sbg perbandingan, iphone 11 pro dilancarkan pd harga RM4899 utk 64gb memori manakala iphone 11 pro max pd harga RM5299 utk 64gb memori. Apa yg menarik ialah iphone 12 mini dan boleh dikatakan iphone paling berpatutan utk dibeli dlm siri iphone 12.

Iphone 12 juga akan menjadi iphone pertama yg akan dijual tanpa sebarang pengecas telefon dan juga fon telinga. Semuanya akan didedahkan pd majlis pelancaran minggu dpn. Sama-sama kita nantikan.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*