TechSemut Malaysia

Sailfish OS 2.2.0 Mouhijoki Dilancarkan – Membawakan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Sailfish OS 2.2.0 Mouhijoki Dilancarkan – Membawakan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Sailfish OS 2.2.0 Mouhijoki Dilancarkan – Membawakan Sokongan Pengimbas Cap Jari
Jun 10
03:30 2018

Android dan iOS ialah dua sistem operasi telefon pintar yang menguasai lebih 97% pasaran. Duopoli mereka ini tidak melemahkan semangat pembangun sistem operasi alternatif seperti Jolla Sailfish OS. Sistem operasi ini telah menerima kemaskini 2.2.0 Mouhijoki yang membawakan beberapa fungsi terkini kepada pengguna.

Pertama sekali pengguna Sony Xperia X  dengan Sailfish OS akhirnya boleh menggunakan pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa peranti. Sokongan dwi-SIM turut diaktifkan menerusi kemaskini.

Aplikasi galeri pula menerima sokongan tatalan untuk menutup gambar dan kemampuan mempamerkan imej berformat TIFF. Bagi peminta emoji pula, papan kekunci kini dilengkapi butang khas untuk mempamerkan emoji. Beberapa pepijat turut ditampal pada 2.2.0 Mouhijiko. Tidak seperti sistem operasi lain, Jolla Sailfish OS ini dijual kepada pengguna yang berminat sejak Oktober tahun lalu. Kepada insan yang mungkin bosan dengan Android dan iOS, ia boleh dibeli pada harga €49,90 (~RM 235).

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com