Saintis ini Menggunakan Darah Sendiri Untuk Kajian Beliau

<!--Saintis ini Menggunakan Darah Sendiri Untuk Kajian Beliau – MajalahSains<!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- --><!-- -->

Emily Dennis seorang penyelidik spesis nyamuk Aedes aegypti di Rockefeller University, mengejutkan seorang jurugambar Alex Wild apabila menunjukkan kaedah bagaimana dia memberi makan nyamuk ‘peliharaannya’ di makmal university tersebut.
Menurut Emily, nyamuk Aedes aegypti liar,  merupakan spesis nyamuk yang menyebarkan virus demam kuning (yellow fever), denggi dan chikungunya. Walaubagaimanapun, nyamuk peliharaannya di makmal bersih dan bebas dari virus tersebut tersebut.
Emily berkongsi maklumat bagaimana rutin memberi makan nyamuk-nyamuk peliharaannya, dan kenapa beliau memilih darah dari badan sendiri untuk tujuan tersebut.
“Setiap pelajar mempunyai kaedah tersendiri memelihara serangga tersebut. Kebanyakan mereka menggunakan lengan sendiri untuk memberi makan nyamuk-nyamuk peliharaan. Ada juga yang menggunakan darah tikus dan bekalan darah lain.”
“Saya sendiri memiliki lapan sangkar nyamuk di makmal untuk kajian. Setiap sangkar mempunyai 500 hingga 1000 ekor nyamuk. Saya lebih gemar memberi makan nyamuk dari lengan sendiri kerana;
Sebelum (Photo Credit @Alex Wild 2014) Selepas (Photo Credit @Alex Wild)
1. Banyak hipotesis kajian boleh dibuat melalui pemerhatian interaksi antara nyamuk dan badan manusia.
2. Tidak mencampur adukkan antara darah sendiri dan darah dari sumber lain sebagai makanan nyamuk untuk tujuan kajian.
3. Lebih diyakini oleh orang ramai sebagai saintis yang membuat kajian tentang topik ini.
Menurut Emily, beliau sudah lali dengan gigitan nyamuk peliharaannya. Kesan daripada gigitan tersebut hanyalah bintik-bintik merah di lengannya.
Menurut beliau lagi, kesan gigitan ratusan ekor nyamuk jauh lebih baik dari gigitan 1-2 ekor nyamuk. Ini kerana, gigitan dalam jumlah yang kecil akan meninggalkan kesan gatal yang tidak selesa berbanding seluruh lengannya yang hanya merah dan sedikit rasa panas akibat tindakbalas kulit.

Sumber – Gizmodo

Terkini

TV Majalah Sains






Write a Comment

view all comments

*