Saintis Jepun Temui Fosil Spesis Baru Dinosaur

TOKYO: Saintis Jepun mengenalpasti spesies terbaru dinosaur selepas menemui rangka yang hampir sempurna berukuran lapan meter panjang.

Difahamkan, rangka berkenaan adalah yang terbesar pernah ditemui di negara matahari terbit itu.

Selepas menganalisa ratusan tulang berusia lebih 72 juta tahun, pasukan yang diketuai Universiti Hokkaido membuat kesimpulan bahawa rangka itu dimiliki spesies baru dinosaur hadrosaurid, sejenis haiwan herbivor yang pernah melata di muka bumi ini pada akhir era Cretaceous.

Sebahagian daripada ekor spesies ini ditemui di utara Jepun pada 2013 sebelum kerja penggalian seterusnya menemukan pengkaji dengan keseluruhan rangka spesies terbabit.

Pasukan itu menamakan spesies berkenaan sebagai ‘Kamuysaurus japonicus’ yang bermaksud ‘tuhan naga Jepun’, kata satu kenyataan yang dikeluarkan pihak universiti.

Mereka percaya ia adalah dinosaur dewasa berusia sembilan tahun dengan berat mencecah empat hingga 5.3 tan bergantung kepada sama ada ia mempunyai dua atau empat kaki.

Penemuan yang turut disiarkan jurnal British, ‘Scientific Reports’ itu turut mendapati bahawa berkemungkinan spesies dinosaur ini gemar hidup di kawasan berhampiran laut.

Sumber-Berita Harian

496total visits,526visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.