TechSemut Malaysia

Saintis kini menemui kaedah terbaru untuk melakukan Teleportation

Saintis kini menemui kaedah terbaru untuk melakukan Teleportation

Saintis kini menemui kaedah terbaru untuk melakukan Teleportation
Januari 26
15:00 2017

vdfb

Buat pertama kalinya saintis menemui kaedah yang selamat untuk melakukan Quantum Teleportation. Ia melibatkan sebuah fenomena yang dinamakan Quantum Steering, iaitu kaedah yang di cadangkan Albert Einstein dan juga Erwin Schrondinger suatu ketika dahulu.

Sebelum anda berasa gembira dengan berita kejayaan ini, bukan, ia bukan teleportation seperti dalam filem Star Trek. Sebaliknya kajian ini membolehkan ahli fizik menyalurkan maklumat merentasi jarak yang sangat jauh tanpa dapat diintai oleh mana-mana penjahat yang ingin menceroboh isi kandungan maklumat tersebut.

Ini sebuah berita yang menarik, kerana selepas ini data-data sulit yang dihantar ke sesuau tempat akan selamat tanpa kita perlu risau akan di serang (hacked).

Kajian berkenaan Quantum Teleportation bukanlah sebuah kajian yang baru. Penyelidik telah banyak merekodkan kejayaan mereka antaranya Quantum Teleportation sejauh 100 km. Namun mereka menghadapi satu masalah besar dan penyelesaiannya amat sulit sekali. Masalahnya ialah “decoherence problem”. Decoherence problem, atau dengan lain perkataan maklumat yang sampai pada satu tempat yang lain adalah kabur.

Penyelidik daripada Swinburne University of Technology, Australia mendapati, untuk mengatasi masalah ini mereka perlu menggunakan sebuah Quantum Teleportation khas yang dikenali sebagai ‘Einstein-Podolsky-Rosen steering’. “Only then can the quality of the transported state be perfect, menurut Margarett Reid iaitu salah seorang penyelidik.

Yang menariknya ialah, proses ini memberi jaminan bahwa maklumat yang sampai kepada penerima akan diterima dalam keadaan yang baik seperti stesen pemancarnya. Mana-mana pengintai maklumat tidak akan berjaya mendapat maklumat versi yang jelas ini, mereka hanya akan mendapat maklumat yang kabur sahaja. Kajian berkenaan hal ini boleh didapati di sini 

Via ScienceAlert

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Sumber : www.sciencenazi.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com