TechSemut Malaysia

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018
Jun 08
15:51 2018

CHELTENHAM, UNITED KINGDOM: Saintis muda daripada Malaysia, Dr. Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia di pertandingan FameLab International 2018 yang mengambil tempat di United Kingdom baru-baru ini. Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau mengenai penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi. Beliau perlu bersaing dengan 11 finalis yang datang daripada pelbagai negara seperti Australia, Italy, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara akhir.

Keinginan untuk berkongsi perasaan teruja tentang keindahan fenomena biologi mendorong Dr. Siti Khayriyyah untuk menyertai pertandingan Famelab International ini. Pertandingan berprestij ini telah berlangsung pada 7hb Jun 2018 sempena Pesta Sains Cheltenham. Dr. Siti Khayriyyah merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia. Terdahulu, Dr. Siti Khayriyyah telah memenangi saingan Famelab diperingkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda lain, lantas melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia di saingan peringkat akhir ini.

FameLab International merupakan pertandingan yang menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak ramai dalam tempoh tiga minit sahaja. Kemahiran penyampaian secara lisan ini merupakan salah satu cabang dalam komunikasi sains yang bertujuan untuk menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan dikalangan orang awam.

Kemenangan Dr. Siti Khayriyyah menyaksikan Malaysia telah menjuarai Famelab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Terdahulu, Prof. Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam daripada Sunway University, selaku Pengerusi Young Scientists Network – Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dinobatkan sebagai juara pada tahun 2016 melalui pembentangan beliau yang bertajuk ‘Genetik Kanser’.

Dr. Siti Khayriyyah dinobatkan sebagai juara dunia Famelab International 2018. Foto Ehsan: Twitter Fame Lab

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com