Saiz Peta Assassin’s Creed Valhalla Lebih Besar Dari Odyssey

Siri Assassin’s Creed baharu, Valhalla disahkan akan mempunyai saiz peta lebih besar dari Odyssey, mengikut dari Penerbit Ubisoft, Julien Laferrière.

Ditemu ramah oleh YouTuber Julien Chièze, Laferrière menyatakan saiz peta Valhalla lebih besar dari permainan Assassin’s Creed Odyssey, yang kini bersaiz lebih kurang 233km persegi, sekaligus digelar sebagai permainan dengan dunia terbesar didalam siri Assassin’s Creed.

Namun saiz tersebut adalah merangkumi saiz kawasan perairan yang besar, salah satu kemungkinan yang dibawakan didalam siri Assassin’s Creed Valhalla yang akan mempunyai permainan diatas kapal.

Mengikut dari Laferrière lagi, Valhalla akan mengandungi keseluruhan negara England dan disertakan beberapa kawasan Norway. Dalam masa yang sama, ada beberapa kawasan lain yang beliau tidak boleh dedahkan buat masa ini.

Assassin’s Creed Valhalla akan mula dipasarkan pada hujung tahun ini untuk platform PS4, PS5, PC (Epic Games Store, Uplay), Xbox One, Xbox Series X dan juga Stadia.

Sumber: Youtube melalui Games Radar.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*