Share Button

Ada idea nak jadikan negara Malaysia yang tercinta lebih maju dan makmur? Jika ya, apa kata luahkan idea anda itu untuk dimuatkan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia, atau Bajet 2018 yang akan datang.

Kerajaan Malaysia kini membuka satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input dari orang ramai, khususnya rakyat Malaysia kebanyakan. Laman web khas ini dibuka bermula dari 4 September, sehingga 18 September 2017.

Orang ramai boleh menghantar pelbagai idea dan cadangan menerusi lamanweb bajet2018.najibrazak.com. Ia terletak di blog Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdapat 14 kategori yang diketengahkan dalam laman cadangan ini. Antaranya ialah ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, alam sekitar dan pertanian, belia dan sukan, budaya dan pelancongan serta keselamatan awam dan ketelusan

Langkah ini dibuat sama seperti tahun sebelum ini. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, maklum balas dan cadangan rakyat yang memainkan peranan penting dalam pembentukan bajet tahunan negara.

Cadangan dan idea dari rakyat ini akan menjadi inti pati dalam pembentangan Bajet 2018, yang akan disuarakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib pada 27 Oktober 2017 kelak.

Cuba tengok beberapa cadangan orang ramai menerusi video di bawah ini. Jangan lupa untuk menghantar cadangan anda di laman bajet2018.najibrazak.com lepas tu.

[SUMBER: Bernama]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.