Google telah memperkenalkan sokongan realiti-maya untuk telefon pintar berasaskan Android sebelum ini, dan menamakan ia sebagai Google Daydream. Beberapa peranti Android sedia menyertakan sokongan ini, dan berkongsi mengenainya pada Google I/O 2017, pihak Google turut mengumumkan yang mana sokongan Daydream turut akan hadir ke Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus.

Google Daydream S8

Melalui sokongan Daydream, ia membolehkan pengguna menggunakan Galaxy S8 bersama set realiti-maya keluaran Google, dan pada masa yang sama menikmati pelbagai aplikasi dan kandungan yang diterbitkan untuk platform Daydream.

Pengumuman ini semestinya memberikan keuntungan kepada para pengguna peranti berkenaan – memandangkan kini mereka boleh menikmati bukan sahaja kandungan realiti-maya daripada Samsung melalui platform Gear VR mereka, tetapi juga melalui Google Daydream.

Samsung akan menawarkan kemaskini perisian dalam beberapa bulan lagi untuk menyertakan sokongan untuk Daydream ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.