Samsung kini telah mengumumkan secara rasmi, mereka bakal memperkenalkan cip pemprosesan generasi terbaru mereka pada 12 Januari 2021 kelak. Tiada info lanjut berkenaan dengannya yang dikongsikan pengeluar Korea Selatan berkenaan buat masa ini.

Mengikut spekulasi, Samsung dijangka memperkenalkan cip Exynos 2100 yang bakal menjana siri peranti Samsung Galaxy S21 kelak. Ia turut dijangka menyertakan rekaan cip berasaskan teras Cortex-X1.

Cip pemprosesan berkuasa ini dijangka menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk prestasi yang dapat menyaingi beberapa cip pemprosesan mercu lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 12 Januari ini untuk mendengar lanjut berkenaan penawaran cip pemprosesan Exynos terbaru ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.