Samsung Dan Microsoft Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membawa Project xCloud Ke Siri Peranti Galaxy

Perkhidmatan penstriman permainan video Project xCloud membenarkan para pengguna menstrim permainan konsol Xbox One mereka ke peranti-peranti pintar dari mana-mana sahaja. Ini tidak terlalu berbeza dengan perkhidmatan penstriman permainan komputer Google Stadia dan NVIDIA GeForce Now yang baru diperkenalkan.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Microsoft dan Samsung sedang bekerjasama untuk membawakan sebuah perkhidmatan penstriman permainan video kepada peranti-peranti siri Samsung Galaxy.

Tiada butiran khusus yang diberikan mengenai , tetapi kebarangkalian besar ialah Samsung dilihat mahu menambah sokongan untuk Project xCloud kepada peranti-peranti mereka di masa akan datang.

Sokongan Project xCloud untuk peranti-peranti Android bukanlah sesuatu yang baru, tetapi agak menarik untuk melihat Samsung bekerjasama dengan Microsoft untuk menambahkan ciri tersebut pada peranti-peranti mereka, menjadikan peranti Galaxy sebuah peranti yang memfokuskan kepada gaming tanpa terlalu risau mengenai spesifikasi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.