Selain daripada menbangunkan peranti-peranti dan komponen mereka sendiri, Samsung juga adalah salah sebuah syarikat teknologi yang membantu membangunkan komponen semikonduktor dan cip pemprosesa untuk syarikat-syarikat lain, seperti NVIDIA dengan cip grafik Ampere terbaru mereka.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Samsung sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Texas, New York dan Arizona untuk membangunkan kilang pembangunan semikonduktor mereka di Amerika Syarikat.

Ia dilaporkan bahawa kilang ini, yang bernilai $17 bilion (~RM68 bilion) akan mengilangkan cip pemprosesan yang dibangunkan menggunakan proses 3nm melalui teknologi GAAFET (Gate All Around FET) terbaru mereka.

Lokasi-lokasi ini dipilih kerana kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu syarikat-syarikat teknologi seperti TSMC dan Samsung di Amerika Syarikat supaya mereka boleh mendapatkan akses cepat dan mudah kepada cip-cip pemprosesan ini untuk peranti-peranti mereka sendiri.

Beberapa laporan menjangkakan bahawa Samsung akan mula membangunkan kilang ini pada tahun 2023 kelak. Kilang ini dilaporkan hanya akan membangunkan cip-cip pemprosesan 3nm ini, dan bahagian penyelidikan masih lagi akan dilakukan di Korea Selatan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.