Berita Menarik

Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Baru Setiap Bulan Dibawah Siri Galaxy A Antara Mac Hingga Jun 2019

Pembaca : 14
0 0

Samsung mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah mereka, dan salah satu yang menyasarkan pengguna “milenial” pada harga mampu-milik adalah siri Galaxy A.

Terkini, bercakap mengenainya, wakil Samsung India mengatakan Samsung bakal memperkenalkan satu telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A bermula Mac hingga Jun kelak. Ini bermakna kita akan melihat Samsung memperkenalkan sekitar 4 telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A secara berturut-turut bermula bulan Mac ini.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy A sendiri telah sedia mempunyai beberapa penawaran dibawahnya, selain Samsung turut telah mengumumkan perancangan untuk menyertakan Galaxy J dibawah siri Galaxy A sebelum ini.

Dengan Galaxy A, kita sering dapat melihat pengenalan beberapa ciri-ciri baru terlebih dahulu berbanding pada siri peranti yang lain. Malah harga peranti kebiasaannya berharga kurang RM2000 jikalau mengikut trend sebelum ini – sekaligus memperlihatkan Samsung akan bersaing dengan pihak seperti Oppo, Vivo, Xiaomi dan Honor melalui siri peranti ini.

Seperti biasa, walaupun memperkenalkan telefon pintar baru setiap bulan, namun ia mungkin diperkenalkan di negara-negara berlainan dengan fokus khusus. Maka berkemungkinan kita tidak akan melihat semuanya memasuki pasaran tempatan selepas diperkenalkan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.