Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Boleh-LIpat Dengan Skrin Keluar Seumpama Mate X Sebelum Huawei

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Galaxy Fold yang membawakan rekaan dwi-skrin, selain sebuah skrin boleh-lipat yang menawarkan rekaan boleh-lipat kedalam. Ini sekaligus menawarkan lebih perlindungan ke skrin dan mengelak ia tercalar dan sebagainya.

Walaupun ia belum dijual secara rasminya, menariknya kini laporan baru hadir mengatakan yang mana Samsung sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon boleh-lipat kedua mereka.

Telefon boleh-lipat kedua ini dijangka menawarkan rekaan skrin yang dilipat keluar, lebih kurang seumpama Huawei Mate X. Apa yang menariknya, menurut laporan baru ini, Samsung dijangka menawarkannya lebih awal daripada pihak Huawei.

Huawei Mate X

Huawei sebelum ini menangguhkan pelancaran Mate X, dan kini dijangka dipasarkan sekitar September kelak. Untuk pihak Samsung, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon boleh-lipat kedua mereka ini akan diperkenalkan. Dengan sasaran Galaxy Note 10 dijangka dilancarkan sekitar Ogos ini, mungkin kita boleh melihat pengenalan peranti boleh-lipat kedua ini sekitar tempoh berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.