Samsung kini diperkatakan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan penawaran pembantu maya Bixby dan Galaxy Apps Store secara terbina pada peranti mudah-alih mereka.

Ia diperkatakan Samsung dan Google sedang membincangkan mengenai perkara ini, dan mungkin bersetuju dengan penawaran perkongsian pendapatan antara Google dan Samsung yang disetujui kedua-dua pihak.

Dengan langkah ini, peranti Samsung akan menawarkan pengalaman Android yang lebih menyeluruh – selain pada masa yang sama mengurangkan persaingan kepada penawaran Google sendiri.

Samsung buat masa ini menyertakan kedai aplikasi mereka sendiri dinamakan Galaxy Apps Store, dan juga pembantu maya digital Bixby pada peranti Android – walaupun ia hadir dengan Google Play Store dan Google Assistant.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Samsung, mereka mengatakan masih komited untuk penawaran perkhidmatan sendiri, dan pada masa yang sama bekerjasama dengan Google dalam penawaran pengalaman peranti mudah-alih yang terbaik untuk pengguna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.