Berita Menarik

Samsung Dilaporkan Menghalang Butang Bixby Diprogramkan Semula Untuk Melancarkan Aplikasi Lain

Pembaca : 12
0 0

Samsung Galaxy S8 dan S8+ kedua-duanya dilengkapi butang khas untuk melancarkan pembantu maya pada sisi sebelah kiri peranti. Dengan wujudnya butang ini, pengguna akan lebih mudah melancarkannya tanpa perlu menyahkunci peranti terlebih dahulu.

Samsung Bixby

Beberapa minggu yang lalu muncul laporan butang ini boleh diprogramkan semula untuk melancarkan aplikasi lain menggunakan aplikasi All In One Gesture . Hari ini terdapat laporan peranti Galaxy S8 menerima kemaskini yang menghalang butang Bixby dari diprogramkan semula.

Buat masa ini hanya pengguna yang menggunakan perkhidmatan Telus Kanada melaporkan ini berlaku. Di Malaysia kita masih belum mengetahui sama ada perkara yang sama bakal dilakukan. Kedua-dua Galaxy S8 hanya akan mula dijual di Malaysia pada 5 Mei hadapan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.