Samsung mungkin dikenali untuk siri peranti pintar mereka seperti Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note yang cukup popular secara global.

Tetapi mereka juga dikenali untuk membangunkan peranti-peranti lain seperti komputer riba, dan terkini, terdapat laporan yang tiba mengatakan bahawa Samsung bakal memperkenalkan siri komputer riba Samsung Galaxy Book Pro.

Model-model yang diperlihatkan termasuklah Samsung Galaxy Book Pro dan Samsung Galaxy Book Pro 360, dimana model kedua ialah sebuah komputer riba 2-dalam-1 yang boleh dilipat menjadi sebuah tablet.

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan pilihan paparan OLED 13.3 inci dan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-11 Core i5 dan Core i7 dan digerakkan dengan sistem operasi Windows 10.

Samsung Galaxy Book Pro hadir dengan sokongan untuk WiFi 6 dan juga sambungan LTE, manakala Samsung Galaxy Book Pro 360 hadir dengan sokongan untuk WiFi 6 dan juga rangkaian 5G.

Lebih menarik lagi, kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan kebolehan sesentuh, dan menyokong pena S Pen.

Walaupun beberapa spesifikasi komputer riba ini telah tertiris, buat masa ini kita masih tidak tahu lagi bilakah Samsung akan melancarkan komputer riba ini, dan pasaran-pasaran manakah yang akan menerimanya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.