Samsung Diperkatakan Mungkin Membangunkan Cip Exynos Untuk Windows

Samsung sedia emmbangunkan cip pemprosesan berasaskan ARM dijenamakan sebagai Exynos, dan digunakan pada telefon pintar keluaran mereka, mahupun beberapa pengeluar peranti mudah-alih yang lain. Terbaru, selain daripada digunakan pada hanya telefon pintar, kini ia dikatakan Samsung turut akan membangunkan cip Exynos untuk digunakan pada komputer Windows.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, memandangkan komputer menggunakan cip berasaskan ARM dilihat menawarkan prestasi penggunaan untuk jangka masa lebih lama disebabkan penggunaan tenaga lebih efisien. Disamping itu, ia juga sesuai untuk era peranti yang kekal berhubung sepanjang masa pada era sekarang ini.

Sebelum ini, pihak Qualcomm sedia bekerjasama dengan Microsoft dalam memasarkan beberapa komputer Windows menggunakan cip mereka. Berkemungkinan, kelak kita akan turut melihat Samsung mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar komputer – atau turut menggunakan cip Exynos pada komputer keluaran mereka sendiri.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*