Arena peranti mudah alih menjadi semakin menarik selepas peranti skrin boleh-lipat mula dipasarkan dua tahun lalu. Samsung mengungguli pasaran kini kerana masih tidak pengeluar lain yang serius dalam memasarkan peranti dengan rekaan ini. Pada tahun 2021, rekaan yang akan mendapat perhatian ialah skrin boleh-gulung dan Samsung sudah bersedia untuk merajai pasaran ini juga.

Menurut laporan The Elec, Samsung Display sudah bersedia untuk memasarkan panel skrin boleh-gulung dan boleh melungsur pada tahun 2021. Ini seakan mengesahkan ura-ura bahawa Samsung akan memasarkan peranti skrin boleh-gulung mereka tahun ini selepas imej prototaip peranti tertiris dua bulan lalu.

Samsung akan menghadapi cabaran dari Oppo, TCL dan LG yang telah memperlihatkan rekaan peranti boleh-gulung mereka tahun lalu. LG Rollable yang diperlihatkan di CES kini kelam masa depannya kerana LG mungkin keluar dari pasaran telefon mudah alih. Oppo dan TCL pula berkata peranti mereka masih sekadar prototaip.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.