Samsung Galaxy A21 Dikesan Dengan Empat Kamera, Skrin Infinity-O

Samsung Galaxy A21 Malaysia

Tahun lalu, Samsung telah melancarkan smartphone mampu milik Samsung Galaxy A20 yang dipasaran Malaysia pada harga RM699. Beberapa selepas itu, Samsung telah mengemaskini model tersebut melalui Samsung Galaxy A20s dengan aturan tiga kamera yang juga dijual pada harga yang sama untuk pasaran tempatan.

Kini gambar Samsung Galaxy A21 telah tertiris di internet dengan sistem empat kamera dibahagian belakang dan juga panel skrin Infinity-O. Bedasarkan gambar yang tertiris, Samsung Galaxy A21 juga memiliki pengimbas cap jari dan juga dual-LED Flash dibahagian belakang.

Untuk spesifikasi Samsung Galaxy A21, peranti mampu milik ini akan hadir dengan cip Exynos 7904, bateri 4,000mAh, 4GB of RAM dan ruang memori 64GB. Slot tambahan microSD juga disediakan untuk peranti ini.

Menurut sumber, Samsung Galaxy A21 akan hadir di pasaran USA melalui syarikat telco MetroPCS, Cricket, dan Boost Mobile.

Write a Comment

view all comments

*