Semalam Samsung Malaysia memberikan bayangan hanya Galaxy A32 4G, A52 4G dan A72 akan dipasarkan di Malaysia. Tetapi hari ini Samsung Galaxy A32 5G telah disenaraikan untuk dijual di laman rasmi mereka. Peranti ini walaupun boleh dikategorikan sebagai peranti kelas permulaan, diberikan sokongan rangkaian 5G.

Samsung Galaxy A32 5G hadir dengan skrin 6.5-inci TFT LCD HD+, dijana cip MediaTek Dimensity 720 5G, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB. kamera utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman), kamera swafoto 13 MP dan bateri sebesar 15W. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C.

Ciri lain yang ditawarkan ialah bicu audio 3.5mm dan juga NFC. Pada waktu ini maklumat mengenai harga masi lagi belum diketahui sama seperti kesemua peranti yang dilancarkan semalam. Di Rusia, A32 5G ditawarkan pada harga sekitar RM1380 sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.