Selain daripada pengenalan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, jenama dari Korea Selatan ini turut mengumumkan Samsung Galaxy A32 sebagai tambahan kepada rangkaian berkenaan. Peranti pintar ini dilihat turut menawarkan rekaan yang segar sesuai dengan trend masa kini. Bukan itu sahaja, ia turut menerima penambahbaikan menarik yang tersendiri.

Samsung Galaxy A32

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A32 dilengkapi paparan bertakuk kecil sebesar 6.4-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Paparan ini turut menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Helio G80, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 15W.

Turut melengkapinya adalah tetapan kuad-kamera utama dengan sensor 64-Megapixel (utama) (f/1.8) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 5-Megapixel (kedalaman) (f/2.4) + 5-Megapixel (Makro) (f/2.4). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel (f/2.2). Spesifikasi lain termasuklah – antaramuka OneUI 3.0 berasaskan Android 11, microSD sehingga 1TB, Samsung Knox dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.